Our History

BananeMunch History

‘ Bananemunch ‘ merupakan satu nama baru/unik yang kini  mula meniti di bibir masyarakat Malaysia . Bermula pada tahun 2015 Carlyfa Food Industries berjaya mencetus idea “ KEREPEK PISANG BERSALUT COKLAT” dan kini mula mengorak langkah ke arah yang lebih baik. Idea pencetusan nama tersebut  datangnya dari 2orang rakan kongsi yang ingin menghasilkan sesuatu yang berbeza dari yang lainya .  Bermula dari sekadar ingin mencuba , Banane Munch kini dapat menambat hati seluruh ‘netizen ‘ gittuw..

Proses pembuatan/penghasilan secara kecil-kecilan dijalankan di rumah (owner/pengasas/pemilik) . Segala tempahan disiapkan/disediakan oleh pemilik sendiri  dan ada masanya dibantu oleh ahli keluarga apabila menerima tempahan yang sangat banyak . Selepas beberapa bulan , kami terpaksa meminjam/menumpang sebuah kilang seorang rakan . MD Putu Bambu World nama diberi , pemilik produk tersebut memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi dengan memberikan kami peluang untuk menjalankan operasi kami selama 2bulan tanpa sebarang bayaran . terima kasih kami ucapkan !

Pembaharuan demi pembaharuan dijalankan demi menghasilkan produk yang berkualiti dan disukai ramai. Pembungkusan , resepi coklat , dan kualiti kerepek pisang menjadi keutaman kami . Segala pemlihan produk atau penghasilan produk dijalankan dengan penuh ketelitian. Komen/ feedback/respon dari setiap pelanggan menjadikan kami lebih peka dan berhati-hati dalam menghasilkan KEREPEK PISANG DISALUTI COKLAT yang terbaik dan sememangnya UMPHHH!!

Selain dari menjual produk secara “retail” kami juga mengambil tempahan “ doorgift” untuk sebarang acara keramaian dan  keraian . beberapa jenis produk baru juga akan dikeluarkan tidak lama lagi . Tunggu !!!! Kami kini memiliki AGENT di seluruh Malaysia yang akan memudahkan lagi pelanggan  untuk mencari maklumat dan membuat pembelian produk kami .

(Kini kami memiliki sebuah syarikat persendirian yang menjaga kualiti dari segala sudut pekerjaan. BERJAYA mendapat pengiktirafan  seperti :

  • Lulus di dalam penilaian produk untuk ke luar Negara bersama FAMA Selangor .
  • Barcode, tarikh luput dan pembungkusan yang telah di luluskan dan mendapat pujian.
  • Maklumat nutrisi pemakanan yang disahkan
  • Sijil Halal untuk barangan mentah yang digunakan
  • Maklumat- maklumat penting yang terdapat pada pembungkusan